Tiada setulus kata...
selain hati berbicara..
kerana ia tiada pernah dusta..
walau tenggelam dalam nista..
mahupun sarat dengan duka..
Tiada setulus rasa..
selain dari perasaan cinta..
asal bermula segalanya..
tempatnya adalah dijiwa..
hidup ia selamanya..
walau saat tertutupnya mata..
Tiada seindah perasaan..
selain dari sebuah kerinduan..
tetap tersenyum walau kedukaan..
tiada pernah kenal erti sempadan..
walau seribu rintangan dan halangan..
ia tetap begitu di bawah takdir Tuhan..
Ya Allah ya tuhan ku..
kau pertemukanlah aku dengannya..
kalaulah itu atas kehendak-Mu..
No comments:
Post a Comment